jiwa berbisik
Menjadi kanak kanak amat mudah
Menjadi remaja amat parah
tiga minggu berada di sini, amat lah banyak pengalaman, dari hujung lubuk hati sampai ke fizikal jasmani . sedangkan mata sendiri yang memerhati pun ada sahaja kata kata yang terbit dari lubuk hati, namun dibicarakan dalam kotak minda, lalu ia disimpan dengan selamat didalamnya tanpa pengetahuan sesiapa. mungkin itu amat menghairankan bagi mereka yang mengenaliku sebelum ini, tapi itulah hakikat kehidupan. aku bertemu manusia yang pelbagai rupa jenis sikap perangai tingkah laku. ini mengajarku kehidupan yang sebenar, aku bukan seperti dahulu yang gemar sekali bersin kuat gila kat dalam kelas, dorm, .. kini, aku hanya mampu tersenyum tanpa kata kata seperti dahulu yang sering terbit dari bibir yang terbuka. alangkah syukur ku rasa nikmat hamba kepada Allah! semakin aku mencari erti kehidupan, semakin kurasakan rapatan aku kepada Nya...
itulah lumrah yang menjadi perkara wajib, perpisahan dengan sahabat yang baru sahaja terjalin selama 3 tahun, tapi apakan daya, siapa kita untuk menentang penciptaanNya. aku, yang benci akan perubahan, menerima dengan tangan terbuka, walaupun terpaksa. jalan aku aku sedang lalui amat lah berduri. aku terpaksa redahinya demi sampai ke tangga kejayaan itu. halangan yang berada di depan mata selama tiga minggu di sini, ku titipkan dengan tangisan dan doa kepada Allah.
wahai hidup, jadilah kau yang bererti
jangan jadi yang tak berbudi,
wahai hidup, ingin sekali aku ikutkan kata hati, namun ia mematikan diri
wahai hidup, amatilah lumrah alam dengan sebenar benarnya, agar kau lebih dewasa pada akalnya
wahai hidup, kuhimpunkan ilmu ku untuk kau jadi lebih sempurna

bila hati berbisik, ingin sekali diucapkan.
namun, hanya tangan yang mampu mengucapkan
maafkan penggunaan bahasa Perfect Melancholy :)
subhanallah. hargai nikmat perasaan meletakkan kebergantaungan hanya pdNya.
ReplyDeletex semua org mampu dpt.
alhmdulillah,moga thabat^_^
yakin pd Allah..ikhlas krn Allah ya ukhti..in sya Allah ad jalan.mohon jln yg terbaik!.:D
ReplyDelete